Monday, April 18, 2011

Minggu 8: Pengajaran bahasa Melayu secara atas talian dan luar talian

Melaksana simulasi pengajaran atas talian dan luar talian dengan menggunakan laman web dan tapak pembelajaran
Alamat Internet
Biskut : http://resepi.mesra.net/Biskut/
Bubur : http://resepi.mesra.net/Bubur/
Makanan Ringan : http://resepi.mesra.net/Makanan_Ringan/Burung Bangau
Dengan Seekor Ketam : http://members.tripod.com/isma_il/bangau.html


Guru boleh menggunakan laman web yang berkenaan untuk digunakan sebagai bahan pengajaran. Langkah penggunaan laman web adalah seperti berikut:
1.Tentukan objektif pengajaran yang hendak dicapai
2.Guru menjelaskan tugasan yang perlu murid lakukan
3.Minta murid melayari laman web yang disediakan
4.Murid melaksanakan tugasan yang diberikan dan melaporkannya dengan menggunakan alat pengarangan elektronik
5.Guru membuat kesimpulan.

Minggu 7: Mengaplikasikan model pemprosesan maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu

-Model Pemprosesan Maklumat ('The Information Processing Model') bermula dengan menggunakan sistem komputer sebagai analogi. Bagaimana pun disedari bahawa penggunaan sistem komputer sebagai analogi cara manusia memproses, menyimpan dan mengingat kembali maklumat adalah tidak sesuai kerana ia mempermudahkan cara manusia bertindak.
-Kita ketahui bahawa cara manusia memproses maklumat adalah lebih komplek berbanding dengan komputer.

Prinsip-Prinsip Utama Model Pemprosesan Maklumat
1.Andaian kapasiti terhad dan sekatan kepada pengaliran maklumat
2.Pengaliran maklumat dua hala
3.Kawalan eksekutif yang mengawal dan menentukan pengenkodan, penyimpanan, mengingat kembali dan lupaan.
4.Manusia disediakan secara genetik untuk memproses dan menyimpan maklumat.

Empat Proses Utama Terlibat dalam Model Pemprosesan Maklumat
a) Pengenkodan ('Encoding')
•Proses yang menentukan cara maklumat didekod dan diletakkan dalam perakam deria, ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang.
b) Penyimpanan ('Storage')
•Proses yang menentukan bagaimana maklumat disimpan dalam ketiga-tiga stor memori.
c) Mengingat Kembali ('Retrieval')
•Proses yang membolehkan maklumat dikeluarkan daripada ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang.
d) Lupaan ('forgetting')
•Proses yang menyebabkan maklumat 'hilang' atau sukar diingat kembali daripada ingatan jangka pendek dan ingatan panjang.
-Pemindahan ke ingatan jangka pendek berlaku apabila kita memberi perhatian kepada bahagian maklumat yang disalurkan ke ingatan jangka pendek melalui tumpuan terpilih ('selective attention').
-Maklumat yang pada asalnya tidak bermakna dikenal pasti berdasarkan pola-pola yang sedia ada dan dipindah ke ingatan jangka pendek.

Ingatan Jangka Pendek ('Short Term Memory')
-Stor memori ini juga dikenali sebagai 'Ingatan Kerja' ('Working Memory'). Tempoh ingatan jangka pendek ialah 10-20 saat jika butir maklumat itu tidak diulang.
-Contoh: kawan kamu berikan nombor telefon dan sementara mencari kertas untuk menulisnya kamu mengulang nombor itu supaya tidak lupa.
-Proses ini dipanggil Ulangan Berkekalan ('Maintenance Rehearsal'). Jika kamu tidak ulang nombor itu, ia akan hilang dalam masa 10-20 saat.
-Ingatan Jangka Panjang masih menjadi tumpuan kebanyakkan kajian menyiasat cara maklumat dienkod, disimpan, diingat kembali dan lupa.
-Ahli-ahli psikologi seperti Freud mencadangkan bahawa segala pengalaman kita sejak dilahir disimpan dalam ingatan jangka panjang. Ini jelas sekali apabila kita masih boleh mengingat apa yang berlaku pada hari pertama sekolah.
-Ini bermakna maklumat tidak hilang tetapi sukar diingat kembali.

Ingatan Jangka Panjang ('Long Term Memory')
-Ingatan Jangka Panjang masih menjadi tumpuan kebanyakkan kajian menyiasat cara maklumat dienkod, disimpan, diingat kembali dan lupa.
-Ahli-ahli psikologi seperti Freud mencadangkan bahawa segala pengalaman kita sejak dilahir disimpan dalam ingatan jangka panjang.
-Ini jelas sekali apabila kita masih boleh mengingat apa yang berlaku pada hari pertama sekolah. Ini bermakna maklumat tidak hilang tetapi sukar diingat kembali.

Minggu 6: Membina dan mengaplikasikan struktur perpautan dalam penyusunan bahan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu

STRUKTUR PERPAUTAN
-Struktur Linear
-Struktur Hierarki
-Struktur Rangkaian
-Struktur Komposit

STRUKTUR LINEAR
-Sistem penerokaan yang hanya membenarkan pengguna meneroka sesebuah perisian secara linear iaitu sama ada ke hadapan atau ke belakang sahaja.

STRUKTUR HIERARKI
-Dikenali sebagai struktur pokok. Setiap paparan mewakili topik atau tajuk utama.
-Setiap topik utama pula boleh dibahagikan kepada beberapa topik kecil atau sub topik.

SISTEM RANGKAIAN
-Menyediakan pautan atau hubungan di antara setiap topik utama.
-Struktur sebegini memberikan kebebasan kepada pengguna untuk meneroka dengan lebih mudah dan fleksibel

STRUKTUR KOMPOSIT
-Struktur yang lebih kompleks berbanding struktur-struktur yang lain.
-Sering digunakan bagi menangani keadaan di mana gabungan beberapa struktur diperlukan bagi melengkapkan sistem penerokaan yang lebih fleksibel serta memenuhi keperluan perisian.

Minggu 5: Membina dan menggunakan tapak, laman web pembelajaran dan pakej tutorial pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu

LANGKAH 1
-Anda hendaklah mendapatkan tapak/web untuk membina laman. Tapak laman percuma banyak didapati dan anda boleh memilih mana-mana tapak yang anda suka atau inginkan.
LANGKAH 2
-Setelah memperolehi tapak laman, anda perlukan tutorial HTML bagi membuat laman/homepage dengan menggunakan tag HTML.
-Penguasaan kadeah HTML akan memberikan lebih daya kreativiti pada laman anda.
-Terdapat banyak tutorial di dalam internet,anda boleh memilih mana-mana tutorial yang anda kehendaki.
LANGKAH 3
-Warna adalah satu keperluan. Warna dalam laman menggunakan kod tersendiri(hex),jadi untuk memudahkan anda memilih warna sama ada untuk latarbelakang, jadual, frames dan sebagainya,anda boleh memilih laman yang anda gemari
LANGKAH 4
-Laman anda memerlukan beberapa sisipan tambahan seperti CGI dan Java Scripts - Counters(pembilang), Guestbooks(Buku Pelawat), Mail To Forms, dan sebagainya.
LANGKAH 5
-Tidak lengkap jika laman yang dibina tidak dimasukkan latarbelakang(backgrounds),Bullet,Icons dan sebagainya. Anda boleh mencuba laman-laman berikut untuk memperoleh latarbelakang(backgrounds),Bullet,Icons, sama ada untuk laman personal, syarikat atau anak-anak.
LANGKAH 6
-Memasukkan lagu(muzik)latar seperti memberi mood kepada laman anda apabila dikunjungi.Jika anda berhasrat untuk memasukkan muzik latar.
LANGKAH TERAKHIR
-Apabila anda berjaya menyiapkan laman anda,langkah seterusnya anda lakukan ialah mengiklankan laman ke semua enjin pencari(search engine) seperti yang saya senaraikan di bawah ini.Tujuannya supaya laman(homepage)anda akan mudah ditemui oleh pengguna enjin pencari dan seterusnya melawat laman anda!

Minggu 4: Pemilihan Bahan Internet untuk pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu

-Pemilihan bahan pengajaran Bahasa melayu haruslah bersesuaian untuk mewujudkan situasi pembelajaran yang berkesan.
-Pemilihan Bahan pembelajaran Bahasa Melayu merangkumi bidang yang berikut;
-Dalam pemilihan Bahan pembelajaran Bahasa Melayu, beberapa kriteria perlu dipatuhi oleh guru-guru supaya bahan yang dipilih bertepatan dengan pembelajaran murid-murid

Bahan sastera
-Pantun
-Sajak
-Seloka
-Gurindam
-Cerita Pendek
-Syair

Bahan tatabahasa
-Kata Nama
-Kata Kerja
-Kata Tugas
-Kata Sendi Nama

Ilmu lain
-Ilmu Sains
-Matematik
-Ilmu Geografi
-Ilmu Sejarah
-Ilmu Agama
-Ilmu semasa

Minggu 3: Aplikasi caris panduan dan etika penggunaan Internet

Konsep Etika Komputer
-Etika komputer umumnya adalah satu bidang mengenai penggunaan komputer yang betul (panduan).
-Hak peribadi individu, ketepatan dan kesahihan maklumat, harta intelek dan capaian adalah antara isu atau dilema yang membabitkan etika.
-Penggunaan komputer dalam era maklumat

Penggertak (Cracker)
-Cracker ialah golongan yang menceroboh ke dalam sistem komputer dan merosakkan sistem yang ada dengan tujuan utama membuat keuntungan.Cracker tidak menulis program untuk membangunkan perisian tetapi menggunakan perisian yang dibangunkan orang lain untuk tujuan kemusnahan
Penyalahgunaan internet
-Konsep ‘langit terbuka’ yang dilaksanakan oleh negara kita telah mengundang banyak implikasi buruk kepada para pengguna Internet terutamanya di kalangan remaja.Langkah Mendapatkan Maklumat di Internet
Virus
-Sebarkan virus - merosakkan sistem, data, perisian,melumpuhkan rangkaian komputer.
Hak cipta terpelihara
-Memuat turun sebarang perisian atau dokumen tanpa kebenaran adalah salah dari segi undang-undang hakcipta. Keizinan daripada pemiliknya adalah perlu.
Perisian cetak rompak
-Maklumat yang diperolehi yang tidak mendapat kebenaran pemilik asal untuk dibuat cetakan secara tulisan dan audio visual.

Prinsip Etika Komputer
1.Keseimbangan
•Kebaikan yang dibawa oleh teknologi maklumat Mestilah lebih baik daripada risiko dan keburukan.
2.Keizinan Termaklum
•Mesti faham dan menerima risiko yang akan dihadapi serta bersedia menerima sebarang risiko yang timbul.
3.Keadilan
•Manfaat dan keburukan teknologi maklumat mesti diagih secara adil. Mereka yang menerima kebaikan patut menanggung sama risiko dan mereka yang tidak menerima kebaikan tidak patut menanggung risiko yang lebih. Risiko yang diterima haruslah adil untuk kedua belah pihak.
4.Meminimumkan Risiko
•Teknologi maklumat mesti dilaksanakan dengan mengelak risiko yang tidak berkaitan dan diminimumkan agar manfaat yang diterima daripada teknologi maklumat adalah lebih daripada risikonya.

Panduan Pengguna Komputer
1. Tidak menggunakan komputer untuk membahayakan orang lain.
2. Tidak mengganggu kerja komputer orang lain.
3. Tidak menceroboh masuk fail komputer lain.
4. Tidak menggunakan komputer untuk mencuri.
5. Tidak menggunakan komputer untuk menipu
6. Tidak menggunakan atau menyalin perisian yang tidak dibeli secara sah
7. Tidak menggunakan sumber dari komputer orang lain tanpa kebenaran.
8. Tidak mengambil hasil intelektual orang lain untuk diri sendiri
9. Memikirkan kesan sosial program atau sistem yang dibangunkan.
10. Gunakanlah komputer dengan timbang rasa dan hormat kepada manusia lain.

Cara Membuat Brosur Menggunakan Microsoft Publisher
Langkah 1
•Buka Microsoft Publisher 2007.
Langkah 2
•Setelah ‘application’ sudah dibuka, ‘screen’ akan memaparkan gambar seperti berikut, kemudian pilih BROCHURE
Langkah 3
•Langkah seterusnya pilih design yang anda minat( mengikut kesesuaian brosur).
•contoh design yang saya pilih ialah Tilt
Langkah 4
•Padamkan gambar-gambar atau maklumat yang tidak diperlukan. Setelah itu letakkan pula logo atau gambar yang anda perlukan
Langkah 5
•Setelah itu masukkan contoh butiran seperti:
-Tajuk program/perkara
-Nama penaja/penulis
-Tarikh dan hari akan diadakan.
-Aktiviti yang akan dijalankan
-Matlamat program dan lain-lain butiran yang diperlukan
Langkah 6
•Menghias brosur agar menjadi lebih menarik

Minggu 2: Menggunakan Internet, enjin pencari bahan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu

-Merupakan softwawre yang digunakan untuk mencari maklumat.
-‘Enjin pencari’ dicipta pihak tertentu bagi mencari maklumat dengan meletakkan kata kunci pada ruang yang telah disediakan.
-Kata kunci mestilah tediri daripada perkataan yang ringkas atau sasaran maklumat yang hendak kita dapatkan.

Jenis-jenis enjin pencari bahan
www.teoma.com
www.google.com
www.yahoo.com

Cara Menkategorikan Maklumat
-Mengenalpasti maklumat yang diperoleh kemudian masukkan ke dalam folder yang berkaitan. Anda juga boleh mewujudkan “folder” baru untuk menyimpan maklumat

Langkah Mendapatkan Maklumat di Internet
Mengenalpasti tajuk.
Memilih kata kunci mengenai tajuk / bahan yang ingin dicari.
Memilih enjin pencarian yang tepat.
Menyemak kesesuaian maklumat/ bahan yang dijumpai. (cuba guna enjin pencari yang berlainan)
Mengulangi proses pencarian sekiranya perlu.