Monday, April 18, 2011

Minggu 15: Seminar dan pameran TMK dalam pengajaran bahasa Melayu dekad kini dan mendatang

Mengadakan seminar
-Menurut Drs. Nasrul Effendy dalam Dasar-dasar keperawatan kesehatan masyarakat (1997) seminar boleh didefinasikan sebagai satu cara dimana sekelompok orang berkumpul untuk membahas suatu masalah dibawah bimbingan seorang ahli yang menguasai bidangnya.

Ciri-ciri seminar bahasa Melayu berbantukan komputer:
i.Memberi kesempatan diskusi berkaitan Bahasa Melayu berbantukan komputer antara peserta dan panel
ii.Menggalakkan peserta mengambil bahagaian secara aktif dalam seminar

Mengadakan Pameran
-Menurut Muhd Abi Sofian dlam bukunya mengurus gerai pameran (2005), pameran boleh didefinasikan sebagai salah satu saluran komunikasi sosial yang menghubungkan antara penyampai dalam pameran dengan masyarakat yang mempunyai tujuan dan matlamat tertentu.

Ciri-ciri pameran:
-Pameran bahan
-Kiosk
-Penerangan lengkap

Minggu 14: Bengkel cakera padat pembelajaran dalam pengajaran bahasa Melayu

Meneroka dan mengklasifikasikan cakera padat
Maksud : CD dan DVD ialah salah satu jenis storan optik yang juga dikenali sebagai cakera padat. Tidak seperti cakera keras yang menyimpan data secara magnetik, cakera padat menyimpan data secara optik. Di dalam sistem optik, data akan diukir ke dalam trek cakera dalam bentuk lubang halus (lihat rajah 1). Sinaran laser akan digunakan untuk membaca (read) lubang-lubang tersebut sebagai maklumat, di mana data digital 1 dan 0, kemudiannya akan diterjemahkan ke dalam bentuk fail, audio, atau video untuk kegunaan komputer.

Memilih cakera padat pembelajaran bahasa melayu:

Cakera Liut
-Cakera liut (floppy disk) adalah peranti berbentuk segiempat dan diselaputi oleh kepingan plastik.Peranti ini digunakan untuk menyimpan data yang kecil dan terdiri daripada kepingan bulat nipis yang mudah lentur. Data dan maklumat disimpan ke dalam kepingan bulat nipis dan ia dibaca menggunakan pemacu cakera liut.

Cakera keras
-Cakera keras (hard disk) merupakan antara peranti yang menyimpan data yang banyak.Peranti ini terdiri daripada kepingan litar yang berfungsi untuk membaca dan menerima data dan dilindungi oleh kepingan besi dan plastik.Data disimpan di dalam cakera keras yang dibahagikan kepada beberapa sektor.Jarum pada peranti ini berfungsi untuk membaca data yang dikehendaki.Ia bergerak setiap masa setiap kali arahan diberikan.Saiz cakera keras adalah dalam saiz Gigabyte (GB) dan wujud dari saiz 40 GB hingga 800 GB.

Cakera Optik
-Cakera padat seperti cakera padat (VCD) atau audio (CD-DA) adalah contoh cakera optik.Cakera optik mampu menyimpan data yang sangat banyak, iaitu melebihi 6000 Megabait (melebihi 6 Gigabait).Kesemua jilid ensiklopedia sekarang sudahpun dimuatkan dalam satu cakera padat sahaja.Maklumat disimpan dalam cakera optik dan dicapai daripadanya menggunakan cahaya laser dan bukan lagi menggunakan bahan magnet seperti dalam media magnet (cakera keras, cakera liut).

Cakera Kilat
-Pemacu kilat USB adalah peranti storaningatan kilat yang disepadukan dengan antaramuka USB.Pemacu kilat USB lazimnya bersaiz kecil, ringan, boleh ditulis semula dan boleh dibawa ke mana sahaja.Kapasiti simpanan biasanya dalam lingkungan 64 MB sehingga 128 dengan penambahbaikan yang berterusan dalam nisbah saiz dan harga bagi setiap gigabait.Sesetengah pemacu kilat membenarkan kitar tulis-padam sehingga lebih sejuta kaliserta mempunyai jaminan pengekalan data selama 10 tahundisambung menggunakan penyambung USB 1.1 atau USB 2.0.

Minggu 13: Mereka cipta animasi dalam persembahan bahan pengajaran bahasa Melayu

Slide presentasi yang statis walaupun dibuat dengan PowerPoint tidak jauh berbeda dengan slide transparasi yang dipakai menggunakan OHP (overhead projector). MS PowerPoint memiliki banyak keunggulan untuk melakukan presentasi yang kreatif dan banyak kreasi yang bisa ditampilkan, salah satunya adalah animasi. Penggunaan efek animasi pada presentasi antara lain:

-Presentasi menjadilebih menarik, interaktif, dan tidak monoton,
-Membantu memperjelas isi presentasi,
-Menarik perhatian audience.

MS PowerPoint tidak hanya dapat digunakan untuk presentasi oral saja, tetapi dengan banyak fasilitas yang dimilikinya PowerPoint dapat pula digunan untuk membuat presentasi tanpa perlu orasi pembicara. Animasi pada PowerPoint setidaknya ada tiga macam, yaitu: gambar animasi (animasi gif, flash, atau movie), custom animation, dan slide transition. Custom animation menyediakan fasilitas untuk memilih dan mengatur efek animasi sesuai dengan kebutuhan. Sedangkan slide transition adalah animasi perpindahan antar slide. Pada PowerPoint 2003 tersedia menu Animation Scheme, tetapi menu ini tidak tersedia di PowerPoint 2007.

Minggu 12: Menggunakan alat pengarangan dalam pengajaran bahasa Melayu

Terdapat pelbagai jenis alat pengarangan multimedia yang berasaskan kepada metafora turutan @ organisasi elemen multimedia. Antaranya ialah:

1. Kad atau alat berasaskan muka surat
-Elemen multimedia disusun sebagai muka surat buku atau himpunan kad.
-Beribu himpunan elemen dikumpul dalam satu himpunan.
-Pembangun boleh berpindah dari satu kad ke satu kad sesuai dengan corak atau struktur navigasi yang ditetapkan.
-Antara jenis alat pengarangan tersebut ialah Hypercard (macintosh), superCard (macintosh/windows) & Asymetrix Toolbook (windows)

2. Alat berasaskan ikon/adegan
-Elemen multimedia/adegan disusun sebagai objek dalam rangka kerja berstruktur.
-Paparkan aktiviti aliran gambarajah sepanjang laluan yang bercabang.
-Antara jenis alat pengarangan tersebut ialah Macromedia Authoware (macintosh/windows), IconAuthor (windows) & Quest (windows)

3. Alat berasaskan masa
-Elemen multimedia disusun disepanjang satu garisan masa dengan resolusi setinggi 1/30 saat.
-Bingkai grafik akan dimainkan semula mengikut kadar yang ditetapkan oleh pereka.
-Penambahan navigasi & kawalan interaktif perlu untuk bergerak kemana-mana lokasi.
-Antara jenis alat pengarangan tersebut ialah Macromedia Director (macintosh/windows). -Bahasa lingo digunakan sebagai bahasa pengaturcaraan.

4. Alat berorientasikan objek
-Elemen multimedia/adegan menjadi objek dalam bentuk hirarki.
-Mesej dihasilkan menerusi arahan/penerangan yang telah sedia ada.
-Antara jenis alat pengarangan tersebut ialah mTropolis (macintosh/windows), -Quarklmmedia (macintosh/windows) & MediaForge (windows).

Minggu 11: Pengajaran bahasa Melayu secara sidang video

-Sidang video(telepersidanganvideo atau telekonferens video )merupakan satu set teknologi telekomunikasi interaktif yang membenarkan orang di antara dua atau lebih lokasi berinteraksi melalui penghantaran video dan audio dua hala secara serentak.
-Sidang video juga telah dirujuk sebagai kerjasama pandang dan merupakan sejenis perisian kumpulan.
-Sidang video berbeza dari videofon kerana ia direka untuk ditujukan kepada suatu persidangan dan bukan individu.
-Telesidang video ini juga amat sesuai bagi melaksanakan Pendidikan Jarak Jauh kerana ia sesuai bagi tujuan menjalankan seminar, kuliah, ceramah jemputan, tutorial, tunjukcara, mesyuarat, perdebatan, persidangan, pembentangan kajian, viva, temuduga dan juga bimbingan kaunseling.
-Pelaksanaan telesidang ini memerlukan perancangan dan latihan yang rapi malah latihan dan percubaan perlu dijalankan sebelum menggunakan bahan sokongan media ini.
-Telesidang ini adalah di antara jenis yang sesuai diaplikasi dalam sistem Pendidikan sesebuah negara yang membangun yang berteraskan teknologi maklumat dan komunikasi.
-Terdapat 3 jenis persidangan video iaitu :
i. banyak ke banyak
ii. satu ke banyak
iii. satu ke satu

Contoh penggunaan sidang video
-Pendidikan
-Pembentangan (Presentations )
-Perkongsian kerja antara penyelidik
-Berkomunikasi
-Teleperubatan
-Mesyuarat

Kebaikan menggunakan telesidangMengurangkan kos perjalanan dan menjimatkan masa.
-Membuka peluang luas dalam penglibatan bahagan hieraki sektor korporat dan sektor-sektor lain.
-Menambahkan produktiviti dan meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran
-Membuat keputusan dengan cepat dan spontan.
-Mempertingkatkan komunikasi.
-Perhubungan pensyarah dan pelajar lebih akrab
-Penambahbaikan kepuasan dalam pengajaran atau di tempat kerja.

Minggu 10 : Membina bahan video dan audio untuk pengajaran kemahiran bahasa Melayu

-Ia merupakan salah satu daripada pembelajaran yang menggunakan media elektronik yang terhubung dengan Internet dan Intranet
-Ia diperkenalkan sebagai alternatif untuk di sampaikan secara elektronik kepada pelajar

Video+Audio=Pengajaran bahasa melayu

-Perkongsian maklumat berlaku dengan berkesan melalui teknologi dalam pendidikan.
-Mewujudkan proses pembelajaran dan pengajaran di bilik kelas secara lebih berkesan dan sistematik

Kemahiran Berbahasa:
KEMAHIRAN LISAN
KEMAHIRAN MEMBACA
KEMAHIRAN BERTULIS

Minggu 9: Mengedit bahan pengajaran bm secara atas talian menjadi brosur, news letter dan kad pengumuman

-mengedit bahan atas talian bermaksud kita menggunakan perisian yang terdapat dalam internet
-terdapat pelbagai perisian dalam internet. antaranya ialah :
1. ZOHO https://docs.zoho.com/jsp/index.jsp
2. GOOGLE DOCS https://docs.google.com/#home
3. 280 SLIDESHOW http://280slides.com/Editor/
4. BROCCHURE MAKERhttp://www.mybrochuremaker.com/projects/edit/76898/1

EDIT SECARA ATAS TALIAN:
-Brosur
-News letter
-Kad pengumuman
-Letter head