Monday, April 18, 2011

Minggu 14: Bengkel cakera padat pembelajaran dalam pengajaran bahasa Melayu

Meneroka dan mengklasifikasikan cakera padat
Maksud : CD dan DVD ialah salah satu jenis storan optik yang juga dikenali sebagai cakera padat. Tidak seperti cakera keras yang menyimpan data secara magnetik, cakera padat menyimpan data secara optik. Di dalam sistem optik, data akan diukir ke dalam trek cakera dalam bentuk lubang halus (lihat rajah 1). Sinaran laser akan digunakan untuk membaca (read) lubang-lubang tersebut sebagai maklumat, di mana data digital 1 dan 0, kemudiannya akan diterjemahkan ke dalam bentuk fail, audio, atau video untuk kegunaan komputer.

Memilih cakera padat pembelajaran bahasa melayu:

Cakera Liut
-Cakera liut (floppy disk) adalah peranti berbentuk segiempat dan diselaputi oleh kepingan plastik.Peranti ini digunakan untuk menyimpan data yang kecil dan terdiri daripada kepingan bulat nipis yang mudah lentur. Data dan maklumat disimpan ke dalam kepingan bulat nipis dan ia dibaca menggunakan pemacu cakera liut.

Cakera keras
-Cakera keras (hard disk) merupakan antara peranti yang menyimpan data yang banyak.Peranti ini terdiri daripada kepingan litar yang berfungsi untuk membaca dan menerima data dan dilindungi oleh kepingan besi dan plastik.Data disimpan di dalam cakera keras yang dibahagikan kepada beberapa sektor.Jarum pada peranti ini berfungsi untuk membaca data yang dikehendaki.Ia bergerak setiap masa setiap kali arahan diberikan.Saiz cakera keras adalah dalam saiz Gigabyte (GB) dan wujud dari saiz 40 GB hingga 800 GB.

Cakera Optik
-Cakera padat seperti cakera padat (VCD) atau audio (CD-DA) adalah contoh cakera optik.Cakera optik mampu menyimpan data yang sangat banyak, iaitu melebihi 6000 Megabait (melebihi 6 Gigabait).Kesemua jilid ensiklopedia sekarang sudahpun dimuatkan dalam satu cakera padat sahaja.Maklumat disimpan dalam cakera optik dan dicapai daripadanya menggunakan cahaya laser dan bukan lagi menggunakan bahan magnet seperti dalam media magnet (cakera keras, cakera liut).

Cakera Kilat
-Pemacu kilat USB adalah peranti storaningatan kilat yang disepadukan dengan antaramuka USB.Pemacu kilat USB lazimnya bersaiz kecil, ringan, boleh ditulis semula dan boleh dibawa ke mana sahaja.Kapasiti simpanan biasanya dalam lingkungan 64 MB sehingga 128 dengan penambahbaikan yang berterusan dalam nisbah saiz dan harga bagi setiap gigabait.Sesetengah pemacu kilat membenarkan kitar tulis-padam sehingga lebih sejuta kaliserta mempunyai jaminan pengekalan data selama 10 tahundisambung menggunakan penyambung USB 1.1 atau USB 2.0.

No comments:

Post a Comment