Monday, April 18, 2011

Minggu 11: Pengajaran bahasa Melayu secara sidang video

-Sidang video(telepersidanganvideo atau telekonferens video )merupakan satu set teknologi telekomunikasi interaktif yang membenarkan orang di antara dua atau lebih lokasi berinteraksi melalui penghantaran video dan audio dua hala secara serentak.
-Sidang video juga telah dirujuk sebagai kerjasama pandang dan merupakan sejenis perisian kumpulan.
-Sidang video berbeza dari videofon kerana ia direka untuk ditujukan kepada suatu persidangan dan bukan individu.
-Telesidang video ini juga amat sesuai bagi melaksanakan Pendidikan Jarak Jauh kerana ia sesuai bagi tujuan menjalankan seminar, kuliah, ceramah jemputan, tutorial, tunjukcara, mesyuarat, perdebatan, persidangan, pembentangan kajian, viva, temuduga dan juga bimbingan kaunseling.
-Pelaksanaan telesidang ini memerlukan perancangan dan latihan yang rapi malah latihan dan percubaan perlu dijalankan sebelum menggunakan bahan sokongan media ini.
-Telesidang ini adalah di antara jenis yang sesuai diaplikasi dalam sistem Pendidikan sesebuah negara yang membangun yang berteraskan teknologi maklumat dan komunikasi.
-Terdapat 3 jenis persidangan video iaitu :
i. banyak ke banyak
ii. satu ke banyak
iii. satu ke satu

Contoh penggunaan sidang video
-Pendidikan
-Pembentangan (Presentations )
-Perkongsian kerja antara penyelidik
-Berkomunikasi
-Teleperubatan
-Mesyuarat

Kebaikan menggunakan telesidangMengurangkan kos perjalanan dan menjimatkan masa.
-Membuka peluang luas dalam penglibatan bahagan hieraki sektor korporat dan sektor-sektor lain.
-Menambahkan produktiviti dan meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran
-Membuat keputusan dengan cepat dan spontan.
-Mempertingkatkan komunikasi.
-Perhubungan pensyarah dan pelajar lebih akrab
-Penambahbaikan kepuasan dalam pengajaran atau di tempat kerja.

No comments:

Post a Comment