Monday, April 18, 2011

Minggu 12: Menggunakan alat pengarangan dalam pengajaran bahasa Melayu

Terdapat pelbagai jenis alat pengarangan multimedia yang berasaskan kepada metafora turutan @ organisasi elemen multimedia. Antaranya ialah:

1. Kad atau alat berasaskan muka surat
-Elemen multimedia disusun sebagai muka surat buku atau himpunan kad.
-Beribu himpunan elemen dikumpul dalam satu himpunan.
-Pembangun boleh berpindah dari satu kad ke satu kad sesuai dengan corak atau struktur navigasi yang ditetapkan.
-Antara jenis alat pengarangan tersebut ialah Hypercard (macintosh), superCard (macintosh/windows) & Asymetrix Toolbook (windows)

2. Alat berasaskan ikon/adegan
-Elemen multimedia/adegan disusun sebagai objek dalam rangka kerja berstruktur.
-Paparkan aktiviti aliran gambarajah sepanjang laluan yang bercabang.
-Antara jenis alat pengarangan tersebut ialah Macromedia Authoware (macintosh/windows), IconAuthor (windows) & Quest (windows)

3. Alat berasaskan masa
-Elemen multimedia disusun disepanjang satu garisan masa dengan resolusi setinggi 1/30 saat.
-Bingkai grafik akan dimainkan semula mengikut kadar yang ditetapkan oleh pereka.
-Penambahan navigasi & kawalan interaktif perlu untuk bergerak kemana-mana lokasi.
-Antara jenis alat pengarangan tersebut ialah Macromedia Director (macintosh/windows). -Bahasa lingo digunakan sebagai bahasa pengaturcaraan.

4. Alat berorientasikan objek
-Elemen multimedia/adegan menjadi objek dalam bentuk hirarki.
-Mesej dihasilkan menerusi arahan/penerangan yang telah sedia ada.
-Antara jenis alat pengarangan tersebut ialah mTropolis (macintosh/windows), -Quarklmmedia (macintosh/windows) & MediaForge (windows).

No comments:

Post a Comment