Konsep Etika Komputer
-Etika komputer umumnya adalah satu bidang mengenai penggunaan komputer yang betul (panduan).
-Hak peribadi individu, ketepatan dan kesahihan maklumat, harta intelek dan capaian adalah antara isu atau dilema yang membabitkan etika.
-Penggunaan komputer dalam era maklumat
Penggertak (Cracker)
-Cracker ialah golongan yang menceroboh ke dalam sistem komputer dan merosakkan sistem yang ada dengan tujuan utama membuat keuntungan.Cracker tidak menulis program untuk membangunkan perisian tetapi menggunakan perisian yang dibangunkan orang lain untuk tujuan kemusnahan
Penyalahgunaan internet
-Konsep ‘langit terbuka’ yang dilaksanakan oleh negara kita telah mengundang banyak implikasi buruk kepada para pengguna Internet terutamanya di kalangan remaja.Langkah Mendapatkan Maklumat di Internet
Virus
-Sebarkan virus - merosakkan sistem, data, perisian,melumpuhkan rangkaian komputer.
Hak cipta terpelihara
-Memuat turun sebarang perisian atau dokumen tanpa kebenaran adalah salah dari segi undang-undang hakcipta. Keizinan daripada pemiliknya adalah perlu.
Perisian cetak rompak
-Maklumat yang diperolehi yang tidak mendapat kebenaran pemilik asal untuk dibuat cetakan secara tulisan dan audio visual.
Prinsip Etika Komputer
1.Keseimbangan
•Kebaikan yang dibawa oleh teknologi maklumat Mestilah lebih baik daripada risiko dan keburukan.
2.Keizinan Termaklum
•Mesti faham dan menerima risiko yang akan dihadapi serta bersedia menerima sebarang risiko yang timbul.
3.Keadilan
•Manfaat dan keburukan teknologi maklumat mesti diagih secara adil. Mereka yang menerima kebaikan patut menanggung sama risiko dan mereka yang tidak menerima kebaikan tidak patut menanggung risiko yang lebih. Risiko yang diterima haruslah adil untuk kedua belah pihak.
4.Meminimumkan Risiko
•Teknologi maklumat mesti dilaksanakan dengan mengelak risiko yang tidak berkaitan dan diminimumkan agar manfaat yang diterima daripada teknologi maklumat adalah lebih daripada risikonya.
Panduan Pengguna Komputer
1. Tidak menggunakan komputer untuk membahayakan orang lain.
2. Tidak mengganggu kerja komputer orang lain.
3. Tidak menceroboh masuk fail komputer lain.
4. Tidak menggunakan komputer untuk mencuri.
5. Tidak menggunakan komputer untuk menipu
6. Tidak menggunakan atau menyalin perisian yang tidak dibeli secara sah
7. Tidak menggunakan sumber dari komputer orang lain tanpa kebenaran.
8. Tidak mengambil hasil intelektual orang lain untuk diri sendiri
9. Memikirkan kesan sosial program atau sistem yang dibangunkan.
10. Gunakanlah komputer dengan timbang rasa dan hormat kepada manusia lain.
Cara Membuat Brosur Menggunakan Microsoft Publisher
Langkah 1
•Buka Microsoft Publisher 2007.
Langkah 2
•Setelah ‘application’ sudah dibuka, ‘screen’ akan memaparkan gambar seperti berikut, kemudian pilih BROCHURE
Langkah 3
•Langkah seterusnya pilih design yang anda minat( mengikut kesesuaian brosur).
•contoh design yang saya pilih ialah Tilt
Langkah 4
•Padamkan gambar-gambar atau maklumat yang tidak diperlukan. Setelah itu letakkan pula logo atau gambar yang anda perlukan
Langkah 5
•Setelah itu masukkan contoh butiran seperti:
-Tajuk program/perkara
-Nama penaja/penulis
-Tarikh dan hari akan diadakan.
-Aktiviti yang akan dijalankan
-Matlamat program dan lain-lain butiran yang diperlukan
Langkah 6
•Menghias brosur agar menjadi lebih menarik
No comments:
Post a Comment